11 September 2012

Sempurnakan Aku..

21 tahun yang lalu,
Hidup aku hanya bergantung.
Bergantung sama dua insan,
Insan yang terlalu banyak berkorban.
Tak akan terbalas sampai kapan pun.
Kini sudah 21 tahun aku lihat dunia.
Aku bersyukur kerana punya dua insan cekal.
Tak pernah jemu dalam segala hal.
Masih betah bertahan dengan tingkah aku
Jujur aku sayang.
Jujur aku hargai mereka.
Pengorbanan mereka demi hidup aku.
Mereka sempurna di hati aku.
Ya Allah,
Kau sejahterakanlah mereka,
Kau berkatilah mereka,
Kau kurniaankan kesihatan sempurna buat mereka,
Agar mereka bisa melihat kejayaanku.
Biarpun cuma secebis yang terbalas,
Sudah cukup buat aku bahagia.

P/s: Ayah, ibu.. Terima kasih atas segala pengorbanan kalian. Sayang aku untuk kalian tak akan pernah padam. Aku janji :)

06 September 2012

Sampah 1..

Lihat cermin,
Aku nampak jasad,
Sepertinya masih bernyawa.
Aku lihat lagi,
Kali ini dengan pandangan tajam.
Dia membalas pandanganku.
Aku cuba bermain mata sama dia.
Masing masing tak mahu mengalah.
Aku nampak sesuatu.
Aku cuba seka perlahan,
Makin diseka makin laju.
"Celaka!"
Herdik aku dengan kasar.
Aku tinggalkan jasad tadi sendirian.
Dan aku kembali ke dunia nyata.
Bersama sisa-sisa celaka tadi.







03 September 2012

Berjalan Lagi...

Hari ini,
Aku berjalan lagi,
Masih lagi berjalan,
Berjalan seperti biasa.
Bezanya cuma aku jalani tanpa rasa.
Dalaman aku mati ditelan rakus bayangan kamu.

Celaka...

Sejujurnya,
Perasaan ini sudah lama pergi.
Jauh meninggalkan aku sendiri.
Terjelepuk aku di ruangan sepi hidup.
Dalaman aku hampir-hampir mati.

Sepertinya semua itu bakal berubah.
Kau hadir seperti cuba mengubat luka.
Hati aku seakan disuluh sinar.
Tapi untuk seketika cuma.
Senafas aku menghela,
Kau hilang menongkah waktu.
Aku seakan bermimpi.
Celaka. Aku bermimpi rupanya.




01 September 2012

Aku Seorang Gadis..

Aku manusia.
Berjiwa seorang gadis.
Mudah sahaja hatinya tersentuh.
Lagak aku mungkin seperti tiada perasaan.
Tapi aku masih lagi seorang gadis.
Dan berjiwa seorang gadis.
Jika hati tak tertanggung beban.
Air mata mudah sahaja mengalir.
Biarkan aku menangis.
Tinggalkan aku sendirian.
Kerna itu jalan untuk aku pulihkan segalanya.
Tak perlu simpati.
Aku seorang gadis.
Masih lagi berjiwa seorang gadis.
Aku selayaknya dihargai,
Bukannya dibuang ketepi.
Terima kasih kerna aku seorang gadis.
Aku seorang gadis yang tidak dihargai.
Sakitnya aku si hati seorang gadis
:')


Traumatik

Trauma. Aku adalah seseorang. Seseorang yang masih lagi trauma. Pada satu fasa kisah lama, Yang mampu biar aku tak lena. Trauma. Aku ...