22 July 2015

Geli-geli

Mari sini..
Aku si koyak mahu teriak.
Tak apa lah sampai mata terbeliak,
Asalkan mata engkau terbukak..

Aku yang koyak biarlah terkoyak,
Apalah sangat dihenyak dilanyak,
Bila bersuara dibilang bertempelak,
Bila berdiam dikatanya berlagak.

Mana datangnya sebuah pertimbangan?
Kalau neracanya hanyut dilempar?
Mana datangnya satu harapan?
Kalau impiannya hancur tersasar?

Andai ada hasrat yang terkubur,
Tak mustahil ianya mampu digali,
Mungkin si pencangkul masih lagi kabur,
Dengan manusia berakal tuli.









Traumatik

Trauma. Aku adalah seseorang. Seseorang yang masih lagi trauma. Pada satu fasa kisah lama, Yang mampu biar aku tak lena. Trauma. Aku ...