13 October 2012

Hukuman..

Hukum aku tanpa bicara?
Ya, memang itu cara terbaik.
Tak perlu dengar penjelasan aku,
Dan buat perhitungan tanpa neraca.
Lalu jatuhkan hukuman secara halus tetapi kejam.
Ini memang dunia.
Manusia berperang berpelurukan perasaan.
Bukan akal fikiran.
Si mangsa terpinga pinga,
Si pemburu mangsa ketawa angkuh.
Terima kasih atas hukuman.
Ternyata kalian insan istimewa dibalik timbunan permata.


12 October 2012

Helaian..

Sehelai demi sehelai,
Aku menyelak cerita hidupku,
Aku hayati satu persatu,
Apa yang tertera dihadapan,
Cuma baris baris luka yang tertulis,
Di halaman yang paling dalam.


Untuk hari ini,
Aku punya cerita.
Untuk menambah lagi baris baris luka,
Yang nyata kian berparut langsung bernanah.
Aku ambil air mata sebagai penanda,
Bahawa hari ini aku tewas dalam kembara hidup.
Bertemankan sekeping hati lusuh,
Aku padam perasaan terbuku,
Agar kemas dilihat dari luaran,
Moga semuanya kelihatan sempurna.
Oh, aku gagal :')


Traumatik

Trauma. Aku adalah seseorang. Seseorang yang masih lagi trauma. Pada satu fasa kisah lama, Yang mampu biar aku tak lena. Trauma. Aku ...