26 June 2012

Rebah..

Maafkan aku bila hati ini rindu.
Sayang aku masih bertaut.
Sukar untuk aku ungkai segalanya.
Ianya terlalu mendalam.
Maafkan aku bila air mata ini mengalir,
Sayang aku masih belum bisa diganti,
Sukar untuk aku lupuskan segalanya.
Ianya seakan tiada penghujung.
Maafkan aku kerna terlalu setia.
Aku setia pada cinta kita yang terkubur lama.
Aku terlalu sayangkan jalan cerita kita.
Tetapi ada hakikat yang harus aku terima.
Selamanya hati kau tak akan aku miliki.
Cinta buat aku terlalu rapuh.
Digenggam takdir aku rebah.
Maafkan aku :'(

01 June 2012

Meijun..

Hai Jun,
Belum apa-apa..
Aku sudah dipalat.
Terima kasih untuk hari ini.
Mei, selamat tinggal.
Aku rindu kau.
Jumpa lagi,
Dalam kenangan.

Tipu Lagi..

Mata sama hati kini sama.
Kering kontang dek kerana dunia.
Aku lagi kusut dengan hal duniawi.
Tapi aku berbangga sama dua objek itu.
Tiada sebarang tanda ia akan banjir.
Sekian lama aku jemur supaya kemarau.
Kali ini usaha aku seakan berjaya.
Tidak perlu diempang,
Tidak perlu di kawal rapi.
Hey dunia lihat sini.
Aku tidak menangis.
Air mata aku sudah kering kerana kalian.
Aku cukup kuat untuk berhadapan sama kekejaman.
Yaahh. Aku cukup kuat.

p/s : Maaf. Aku tipu :')

Traumatik

Trauma. Aku adalah seseorang. Seseorang yang masih lagi trauma. Pada satu fasa kisah lama, Yang mampu biar aku tak lena. Trauma. Aku ...