26 April 2012

Kecam Aku..

Alunan lagu.
Mainkan bait-bait mendalam.
Mencuit hati kecil.
Fikiran tertancap pada sesuatu.
Sesuatu yang sering bertandang.
Acap kali berpesta meraikan kesungulan.
Dan kali ini..
Aku tewas untuk kesekian kalinya.

P/s: Dunia, sila kecam aku.

18 April 2012

Sendirian..

Duduk sendirian di birai malam.
Aku termenung hingga tembus norma fikiran.
Dikepala tidak habis memikir.
Apa cerah atau malap dipenghujung cerita.
Nafas menyeru dihembus pelahan.
Tanda kehidupan ini memang palat untuk diteruskan.
Tetapi dibalik cerita palat,
Terpalit secebis rasa merona gembira.
Lalu menyuntik setitik rasa untuk terus keras.
Angin malam menyapa lembut.
Hati kini terusik lemah.
Semangat hilang dirampas angin malam.
Aku sendirian menongkah malam.

P/s: Apa kamu tidak bisa menjadi yang setia sebagaimana setianya palat dalam memalat hari?

17 April 2012

Terfikir..

Dikemuncak tirai siang,
Terbit sinar cahaya bulan,
Malam hari aku sepi,
Setia menyinggah kamar hati.
Setiap ketikkan jaruman masa,
Aku memikir perihal masa hadapan.
Yang dibelakang biarkan menjadi penunggang setia.
Sekali sekala aku tertoleh.
Ada masa ia menjadi hembusan semangat.
Aku kembali tumpu dihadapan muka.
Bertemankan hembusan semangat.
Hati aku merintih berbisik perlahan.
Kuatkan aku dimasa hadapan.
Cekalkan hati seperti mana cekalnya tembok ego.
Aku berbisik lagi.
Jika mengalah yang bakal aku pilih,
Kenapa tidak dari azali?

15 April 2012

Lihat Sana..

Lihat luar sana.
Cuba cari bulan.
Oh langit mendung.
Bulan sedang sembunyi.
Bintang juga sama.
Angin berhenti bertiup.
Malam ini sunyi sepi.

Lihat dasar hati,
Cuba cari rasa.
Oh rasa sudah pudar.
Hati mula kering.
Perasaan juga sama.
Otak berhenti berfikir.
Hati ini sepi.
Sepi tanpa kamu.

10 April 2012

Kelmarin..

Sememangnya kau tahu.
Aku cuma manusia.
Bukannya malaikat.
Tak punya nafsu juga perasaan.
Aku bisa tersentuh hingga terkesan.
Dan menangis dikemudian hari.

Kelmarin,
Tanpa dipaksa air mata mengalir sendiri.
Kesal dengan seseorang juga dengan diri sendiri.
Entah silap dan kurangnya dimana.
Kata yang ku rasa hanya atas dasar penjelasan diherdik bisa.
Aku terima tanpa membalas.
Tiada guna kata kasar dibalas kasar.
Dan sekarang suasana dingin mula bertandang.
Secara langsung menggusarkan segenap ruang hati.
Sialan!

Traumatik

Trauma. Aku adalah seseorang. Seseorang yang masih lagi trauma. Pada satu fasa kisah lama, Yang mampu biar aku tak lena. Trauma. Aku ...