21 February 2012

Terima Kasih Sayang..

Aku yang dahulu terduduk.
Kini sudah mula merangkak bangun.
Aku yang dahulu kemarau,
Kini sudah mula dihujani rasa.
Aku yang dahulu keras,
Kini sudah bisa dilentur.

******

Kau tahu?
Baru sahaja luka lama beransur pulih,
Kau hadir merosakkan segalanya.
Hati yang mulanya kau semai baja cinta,
Hampir musnah dirobek rasa.
Dan kini aku seakan nekad.
Nekad untuk kembali seperti 4 tahun lalu.

Terima kasih sayang.

20 February 2012

Sialan..

Semalam perasaan aku disanjung tinggi.
Hari ini terjelepuk di bawah kaki.
Dipijak bertubi-tubi.
Sialan!

Semalam aku rasa bahagia.
Hari ini aku rasa celaka.
Terumbang ambing dihayun rasa.
Sialan!

Semalam aku mahu teruskan.
Hari ini aku mahu putuskan.
Hati aku sakit kau mainkan.
Sialan!

Semalam rela.
Hari ini terseksa.
Sesal semalam hari ini baru terasa.
Sialan!

18 February 2012

Suai Padan..

Selama ini aku tercari-cari.
Dimana letaknya kunci hati.
Yang aku lempar entah kemana.
Kadang kala aku cuba menguis,
Dibalik timbunan hati manusia.
Cuba menyuai padan mana yang ku rasa sepadan.
"Oh, tiada yang sepadan nampak gayanya"
Getus aku dalam hati.
Hinggakan suatu hari.
Sedang aku leka,
Ada yang cuba memerhati.
Aku tersenyum.
Lama ku biarkan.
Suara hati mula berkata-kata.
Apa aku pelengkap rusuk kirimu?
Jika benar mahu saja aku siku sampai berdarah.
Kerna kau biarkan aku kemarau terlalu lama.

P/s : Moga usaha kau hingga ke langit tujuh, agar kejujuran bisa berlabuh di pulauan hati aku. Selamanya. Amin :)

11 February 2012

Jika Aku Pergi..

Aku ada disini.
Untuk menemani.
Bukan disakiti.
Tolong fahami.
Juga hargai.
Kerna jika ku pergi,
Selamanya pergi.
Saat itu jangan tangisi.

10 February 2012

Ekori..

Bila siang melabuhkan tirai,
Tiba giliran malam mengganti hari.
Perasaan mula memalat diri.
Seolah-olah cuba mengekori.
Suasana gelap selubungi hati.
Suram dan muram membontoti.
Cuba mengintai dada langit.
Berharap ada si bulan menyuluh bumi.
Oh, bulan merajuk barangali.
Tak apalah. Esok cuba lagi.

Nilai Sendiri..

Putus cinta.
Aku bisa rasa peritnya
Luka teramat dalam.
Makan masa untuk sembuh.
Fikir sedalamnya.
Puncanya apa?
Silapnya dimana?
Kurangnya dimana?
Kemudian nilai sendiri.
Jika kau sendiri mengkhianat,
Apa kau layak dicintai?

08 February 2012

Melodi Hati..

Dengarkan ini.
Melodi hati.
Aku punya alunan tersendiri.
Ayuh hayati.
Agar kau bisa fahami.
Setiap bait-bait yang cuba diterjemahkan.
Hayati sedalamnya.
Fahami kehendaknya.
Tidak perlu setinggi langit.
Cuma minta sedikit cebisan rasa.
Agar aku bisa sedar.
Sedar akan aku masih diperlukan.

Bulan..

Mari sini,
Istirehat disisi aku.
Lihat atas sana.
Ada sang bulan.
Penuh megambang.
Indah bukan?
Terang menyuluh segenap bumi.
Kau tahu sesuatu?
Bulan pernah menjadi saksi kita.
Saksi kau dan aku satu ketika dahulu.
Iya dahulu.
Kini tidak lagi.
Tapi kini aku serahkan kau pada bulan.
Biar ia perhatikan kau buat aku.
Mungkin kau tidak sedar akan keberaadaan dia.
Namun dia akan tetap setia menemani hari kau.
Setia menjaga kau buat aku.

P/s: Bulan, tetap meyuluh jangan kau mengeluh.

Masa..

Demi masa.
Sesungguhnya aku dalam kerugian.
Aku leka dibuai hal duniawi.
Tidak hirau bertapa berharganya ia.
Sedang makluk didunia bertungkus lumus,
Aku masih khayal dengan dunia yang aku cipta.
Sedang manusia sibuk mengejar kesempurnaan,
Aku masih merasa puas dengan apa yang ada.
Jauh nun disana,
Aku ditinggal masa.
Nun jauh disana,
Aku dilapuk dek masa.
Nun jauh disana,
Aku bertemankan kejahilan.
Nun jauh disana,
Aku ditakuk lama.
Sampai bila agaknya ya?

Traumatik

Trauma. Aku adalah seseorang. Seseorang yang masih lagi trauma. Pada satu fasa kisah lama, Yang mampu biar aku tak lena. Trauma. Aku ...