29 January 2012

Sinonim..

Aku dan kehilangan.
Sangat sinonim.
Teman akrab barangkali.
Satu persatu pergi.
Hilang dari pandangan mata.
Juga pandangan hati.
Yang ada cuma ingatan.
Tegar membontoti perasaan.
Dihujung hari.
Sesal jadi teman sejati.
*Oh hai*

28 January 2012

Aku.

Susah untuk ditafsir.
Susah untuk dimengerti.
Aku manusia.
Sama seperti kalian.
Punya lagat tersendiri.
Punya kemahuan tersendiri.
Selagi aku tidak mengganggu.
Tak perlu kau mengganggu.
Asal kau tahu.
Aku punya amarah yang sukar dikawal.
Harap kau faham.

25 January 2012

Kabur..

Berhenti melangkah.
Toleh ke belakang sejenak.
Kiri dan juga kanan.
Melihat cermin sisi.
Apa mungkin aku diekori masa silam?
Kabur.
Cermin digosok perlahan dengan pergelangan baju.
Kabur lagi.
Namun aku masih bisa melihat rakaman silam.
Ohhh. Masih menghantui.
Teruskan melangkah.
Hingga rakaman itu benar-benar kabur.
Lalu hilang dibalut debu hidup.

24 January 2012

Asal Kau Tahu..

Asal kau tahu.
Aku cuba untuk menahan.
Sedaya kudrat ku perah.
Hanya untuk sembunyikan rasa.
Rasa yang tak mungkin berbalas.

Asal kau tahu.
Aku cuba untuk berusaha.
Usaha sehabis baik.
Hanya untuk berlari.
Berlari sejauh mungkin.

Asal kau tahu.
Aku mahu kau tahu.
Hati ini rindu.
Rindu pada rasa kasih dahulu.
Bukan pada kau yang dahulu.

Ohh. Hai..

Ohh. Hai.
Selamat pagi dunia kejam.
Dunia yang telah membunuh separuh jiwaku.
Masih betah lagi ya aku hidup.
Masih bisa lagi aku tersenyum.
Walau pun sedikit sumbing.
Masih mampu lagi aku berdiri,
Walaupun berjalan sedikit tempang.
Ini lah dunia.

Ohh. Hai.
Selamat pagi dunia kejam.
Syukur aku masih bernyawa.
Syukur aku masih bisa jalani hari-hari celaka.
Syukur segala organ pinjam milik Dia masih lagi berfungsi.
Syukur manusia-manusia tersayang juga masih lagi bernyawa.

Ohh. Hai.
Selamat pagi dunia.

23 January 2012

Lihat..

Lihat "sini".
Masih benda yang sama.
Setiap orang punya "sini"
Bezanya cuma berlainan kemahuan.
Juga berlainan selera.
Tapi ia masih punya kesamaan.
Perlu dijaga dengan kemas.
Ia ibarat kaca.
Sekali terhempas.
Selamanya terkesan.

Lihat "sini"
Pantas berdegup.
Tak boleh dirasa,
Namun boleh disentuh.
Tutup mata dan buka hati.
Jika tulus ia bakal tersentuh.

Lihat "sini",
Nampak kesan?
Retak bukan?
Separa sedar ia semakin pulih.
Kerna kau ada.
Kau yang sedang menutup mata,
Dan cuba membuka hati.
Oh. Maaf.
Bukan sekarang.

Traumatik

Trauma. Aku adalah seseorang. Seseorang yang masih lagi trauma. Pada satu fasa kisah lama, Yang mampu biar aku tak lena. Trauma. Aku ...