18 March 2017

Traumatik

Trauma.
Aku adalah seseorang.
Seseorang yang masih lagi trauma.
Pada satu fasa kisah lama,
Yang mampu biar aku tak lena.

Trauma.
Aku masih lagi dalam trauma,
Pada peristiwa harga diri dihina.
Yang tinggal hanya sebaris nama,
Bagai dunia merekalah penciptanya.

Bagi seorang aku yang masih trauma,
Ianya seakan bencana,
Yang takkan hilang semena mena,
Tak perlu bagi aku masa,
Untuk dilupa segalanya.
Kerana gusar aku bakal alpa,
Biarkan rasa itu masih bertahta,
Semoga aku tak dibenarkan lagi dicerca.

27 July 2016

Tahi Rindu

Aku rindu pada kita yang lalu.
Masa lalu yang sudah pun berlalu.
Masa itu..
Hanya perihal kita yang kita tumpu.
Tak peduli manusia manusia yang lalu.
Setiap masa cuma kau dan aku,
Hayati alunan masa yang terlalu laju.

Hari ini,
Mungkin engkau masih lagi yang dulu,
Cuma beban dunia kau pikul dibahu,
Buat aku terkadang buntu.
Apa kau masih lagi mahu,
Pada aku yang masih disitu.

Cuma satu pesan aku,
Hargailah aku,
Selama aku masih mampu,
Selagi tak hilang kudrat menunggu.




15 August 2015

"Im not the one for you.."

"Im not the one for you.."
Baris kata yang sering terpacul keluar.
Lancar saja aku ucapkan tanpa sebarang masalah.
Juga kata yang benar-benar aku maksudkan.

Setiap kali baris kata itu aku luahkan,
Fikiran terus melayang kepada satu susuk tubuh.
Tubuh yang dahulunya tersangat aku agungkan.
Yang aku puja sepenuh hati.

Bukan susuk tubuh itu yang mahu aku bincangkan,
Tapi sebaris kata yang tak mungkin aku lupa.
Dan entah sampai bila akan menjadi igauan dalam diri.
Celaka.

Pedih. Perit. Remuk.
Itu sahaja yang mampu aku gambarkan.
Harga diri aku bagai dilempar ke jalanan.
Dek kerana kesalahan diri yang cuma sebesar hama.

Entah berapa dekad harus aku ambil,
Untuk hadam semuanya.
Supaya dimasa akan datang,
Aku tak perlukan lagi "Im not the one for you.."


22 July 2015

Geli-geli

Mari sini..
Aku si koyak mahu teriak.
Tak apa lah sampai mata terbeliak,
Asalkan mata engkau terbukak..

Aku yang koyak biarlah terkoyak,
Apalah sangat dihenyak dilanyak,
Bila bersuara dibilang bertempelak,
Bila berdiam dikatanya berlagak.

Mana datangnya sebuah pertimbangan?
Kalau neracanya hanyut dilempar?
Mana datangnya satu harapan?
Kalau impiannya hancur tersasar?

Andai ada hasrat yang terkubur,
Tak mustahil ianya mampu digali,
Mungkin si pencangkul masih lagi kabur,
Dengan manusia berakal tuli.









14 November 2013

Ingin sekali aku merangkul dunia,
Berdiskusi bersama perihal dunia.
Ajukan pertanyaan dendam kesuma,
Mengapa gigih memalat dengan setianya?

Jelik...

Mata muda liar mencelik,
Lihat dunia berperangai pelik,
Apa akal manusia sudah terbalik?
Sungguh aku mual dan jelik.


Durjana Dunia..

Tiang rapuh aku tongkat,
Tongkat patah aku terduduk,
Terduduk aku menanggung beban,
Bertimpa-timpa tanpa nada kasihan,
Setiap pelusuk menunding jari,
Kononnya aku durjana dunia.
Mana pergi nilai keadilan,
Jika pencerahan ditolak mentah?

Traumatik

Trauma. Aku adalah seseorang. Seseorang yang masih lagi trauma. Pada satu fasa kisah lama, Yang mampu biar aku tak lena. Trauma. Aku ...