15 August 2015

"Im not the one for you.."

"Im not the one for you.."
Baris kata yang sering terpacul keluar.
Lancar saja aku ucapkan tanpa sebarang masalah.
Juga kata yang benar-benar aku maksudkan.

Setiap kali baris kata itu aku luahkan,
Fikiran terus melayang kepada satu susuk tubuh.
Tubuh yang dahulunya tersangat aku agungkan.
Yang aku puja sepenuh hati.

Bukan susuk tubuh itu yang mahu aku bincangkan,
Tapi sebaris kata yang tak mungkin aku lupa.
Dan entah sampai bila akan menjadi igauan dalam diri.
Celaka.

Pedih. Perit. Remuk.
Itu sahaja yang mampu aku gambarkan.
Harga diri aku bagai dilempar ke jalanan.
Dek kerana kesalahan diri yang cuma sebesar hama.

Entah berapa dekad harus aku ambil,
Untuk hadam semuanya.
Supaya dimasa akan datang,
Aku tak perlukan lagi "Im not the one for you.."


No comments:

Traumatik

Trauma. Aku adalah seseorang. Seseorang yang masih lagi trauma. Pada satu fasa kisah lama, Yang mampu biar aku tak lena. Trauma. Aku ...